MAKSAK 2017 habih dohhhh....

Maksak habih doh kemarin...tahun ni Johor takdop rezeki lagi dalam acara berpasukan, bermula dengan baik tapi pancit di pengakhiran....Johor sekodar menduduki di tangga ke-5..pasukan2 yang bertanding memang hebat2, bukan senang untuk ditumbangkan...cuma Alhamdulillah, dapat juga merasa papan terbaik di meja pertama (pertama dan terakhir doh kot, payoh ni) selepas mengekalkan rekod tanpa kalah, itu pun tak dapat verify awal2 tatkala pengiraan best board macam ada pelik di situ, apabila diberitahu ikut jumlah mata, lepas tu ikut team ranking ( kat olypiad pun takde team ranking ni...kesian la kalau GM duduk dalam team kuat, dia sorang jer menang 100%  - Baku Olympiad)? ni apa kejadah pengiraan macam ni? kalau pun betul, kenapa tak diumumkan awal2 masa sebelum pertandingan? sejak turun temurun, kaedah pengiraan percentage di ambil kira, percentage berdasarkan minimum game yang ditetapkan oleh penganjur, iaitu rasanya yang ni semua aware (board 1-4, minimum 6 games), (board 5-6 aka reserve minimum 4 games), reasonable...sebab kalau reserve pun kena main 6 game jugak...sapa nak reserve? Masa saya kecik2 dulu, cikgu2 dan dalam banyak2 kejohanan rasanya sangat jelas dalam pengiraan ini iaitu:

1. Kira percentage tertinggi berdasarkan minimum yang ditetapkan.
2. Personal encounter (dua2 ni lawan, sapa menang, sapa menang deserve la, nok ggapo lagi)
3. Ni bolehlah tetapkan tie-break apa lagi seperti tengok jumlah menang, mata lawan, team ranking etc..tapi yang 1 dan 2 tu establish di mana2 rasanya, malah di sini pun World Team Chess Championship pun pakai law yang di atas tu..tengok percentage dulu..

Oklah itu saja laporan Maksak tahun ini, tahniah kepada yang berjaya...kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi..........

Antara pemerhatian dan komen saya tentang Maksak (ni komen peribadi saja, dah blog ambo) kali ini untuk improvement atau muhasabah:

1. Keseluruhan terkawal, player masuk terlalu dekat sangat, tapi oklah kalau nak semangat kesukanan, tapi kalau dah boleh tengok dekat, tak perlu pun layar screen tu..so boleh jarak jarakkan meja sikit..
2. Tulis sampai habis ni rasanya tak best, nak tulis lagi nak pikir lagi, dengan time troublenya..tu tak masuk lagi kat tepi2 bising.
3. Ada pasukan panggil arbiter sebab lawan yang lawan team dia tak tulis, player tak complain (sebab dia pun tak tulis, so player humble tak nak complaint kot), arbiter pulak dengar cakap orang luar dan sound player suruh tulis..tak pro gini..
4. Rules pelik2 dalam pengiraan best board ni udah2lah..memang semuanya hak penganjur..memang semuanya hak arbiter...tapi jangan duk pelik2....ikut saja rules world champion FIDE!

Untuk result lengkap pakat gi chess result je la.....KLIK SINI

Menerima hadiah selaku Johan Best Board (pengacara royat Johan, hehe)

Best Board 1
Team Catur Johor

Round 1 : Johor vs Melaka (3.5-0.5)
Round 2 : Johor vs Pahang (2-2)
Round 3 : Johor vs Terengganu (4-0)
Round 4 : Johor vs Wilayah Persekutuan (1-3)
Round 5 : Johor vs Selangor (3 -1)

Round 6 : Johor vs Sabah (1 - 3)
Round 7 : Johor vs Perak (4-0)
Karom juga mendapat pingat perak dalam acara wanita
Team catur Johor -baju lain
Pasukan Catur dan Karom Maksak Johor

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Makan Malam PCNK 2016

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Lamo tok berblog..mugo update ikut mood lagu ni la...