Posts

Showing posts from September, 2012

Syabas...ambo sokong usaha sebegini....National Chess Academy

Image
Ambo sokong usaha sebegini....kalau nak lahirkan GM, kena ada initiatif dari sekarang...samada dapat atau tidak budget ni saya tak pasti, tapi sekurang-kurangnya boleh buka mata pelbagai pihak...Tahniah Mr Najib!

Apa kata anda?

 Saya teruja untuk post pendapat seorang otai catur yang saya petik dari FBnya....saya sokong sangat pendapat ini kerana inilah hakikatnya...ramai yang saya perhatikan sangat berpotensi tetapi tanpa pendedahan dan pemilihan "sparring" yang salah boleh membantutkan hasrat kita melahirkan seorang GM di Malaysia... "Dari pemerhatian saya kepada keputusan-keputusan pusingan beberapa pusingan awal catur olympiad di Turkey, saya cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa pemahaman permainan catur di kalangan pemain-pemain Malaysia adalah sebenarnya jauh lebih tinggi dari 'rating' mereka. Ini disebabkan mereka bermain sesama sendiri di peringkat nasional. Tidak ada sokongan kewangan dari mana-mana individu atau persekutuan catur untuk mereka bermain di peringkat antarabangsa secara kerap malah tidak juga mampu membiayai perbelanjaan bernain di rantau Asean. Malaysia Boleh." B.H.