Posts

Showing posts from June, 2017

KEM MALAYSIA #KITA JUARA 2017

Image
Yer, Kem Kita Juara 2017 adalah kem bagi persiapan atlet bagi menghadapi Sukan Para Asean 2017 yang akan berlangsung pada 17-23 September 2017. Ambo telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian keluarga atlet catur negara kali ini. Syukur Alhamdulillah, ambo ni jenis sukakan cabaran dan pengalaman yang baru. Terima kasih atas kepercayaan ini dan ambo seperti biasa akan berdisplin dan akan memikul amanah ini dengan sehabis baik dan termampu. Ambo harap atlet2 boleh memahami "first timer" seperti ambo yang sememangnya banyak lagi nak keno belajar. Kem 3 telah selesai pada 10 Jun 2017 yang lepas bermakna tinggal 100 hari lagi untuk para atlet berjuang pada kejohanan sebenar. Semoga Allah merahmati para atlet OKU ini dan memberi kejayaan dan kesihatan berpanjangan buat mereka. Inshaa Allah, tiada yang mustahil, usaha diiringi doa pasti akan menghasilkan kejayaan dengan izinNya. Malaysia Boleh!!!