Posts

Showing posts from February, 2017

Kejohanan Catur Orang Kurang Upaya 2017

Image
Kejohanan selama 3 hari bermulo 17hb hingga 19 Februari 2017 ini merupakan kejohanan kebangsaan yang mengumpulkan pemain-pemain terbaik dari pelusuk negeri. Katonya salah satu platform untuk memilih pemain terbaik untuk mewakili negara Malaysia di Kejohanan Para Asean 2017. Ambo berterima kasih kepada JBS Johor sebab bui pelue pado ambo untuk menjadi jurulatih atlet2 johor (merangkap pengurus jugak). Insya Allah, amanah  ini ambo galas dengan sehabis baiklah. Ok nak diringkaskan cerita, habis jah kejohanan, Johor membolot 5 emas dan 3 Perak secara keseluruhan. 5 emas yang disumbangkan adalah daripada kategori :
Fizikal Wanita Individu - AqilahFizikal Wanita Berpasukan - Aqilah & Lim Yee JinB2/B3 Lelaki Individu - HansonB1 Wanita Individu - Cikgu MoiraB1 Wanita Berpasukan - Cikgu Moira Bagi pingat perak pula, kategori yang telah dimenangi adalah: B2/B3 Lelaki Berpasukan - Hanson & FarhanB2/B3 Wanita Individu - Seri IzdiharB2/B3 Wanita Berpasukan - Seri Izdihar & Tan Chi Ning …