Kejohanan Catur Orang Kurang Upaya 2017

Kejohanan selama 3 hari bermulo 17hb hingga 19 Februari 2017 ini merupakan kejohanan kebangsaan yang mengumpulkan pemain-pemain terbaik dari pelusuk negeri. Katonya salah satu platform untuk memilih pemain terbaik untuk mewakili negara Malaysia di Kejohanan Para Asean 2017. Ambo berterima kasih kepada JBS Johor sebab bui pelue pado ambo untuk menjadi jurulatih atlet2 johor (merangkap pengurus jugak). Insya Allah, amanah  ini ambo galas dengan sehabis baiklah. Ok nak diringkaskan cerita, habis jah kejohanan, Johor membolot 5 emas dan 3 Perak secara keseluruhan. 5 emas yang disumbangkan adalah daripada kategori :
  1. Fizikal Wanita Individu - Aqilah
  2. Fizikal Wanita Berpasukan - Aqilah & Lim Yee Jin
  3. B2/B3 Lelaki Individu - Hanson
  4. B1 Wanita Individu - Cikgu Moira
  5. B1 Wanita Berpasukan - Cikgu Moira
Bagi pingat perak pula, kategori yang telah dimenangi adalah:
  1. B2/B3 Lelaki Berpasukan - Hanson & Farhan
  2. B2/B3 Wanita Individu - Seri Izdihar
  3. B2/B3 Wanita Berpasukan - Seri Izdihar & Tan Chi Ning
Syabas dah tahniah kepada semua atlet Johor, semoga terus cemerlang di maso akan datang. Mereka sememangnya hebat atas usaha sendiri. Jurulatih pun tak sempat melatih banyak atas kesuntukan maso.

Pasukan Johor
Sempat jugak bergambar ngan Ally Iskandar
Fizikal Wanita : Aqilah & Jee Yin beserta Kak Su dan Syafiq
Ayam tambatan B2/B3 : Hanson & Paan

Comments

Popular posts from this blog

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Taulani Tukiran Johan First Sunday Febuari 2013

Kenangan MAKSAK 2017 bersama pasukan Johor