Majlis Penyampaian Insentif Paralimpiad Johor 2016

Tanggal 13 Disember 2016, ambo telah dijemput untuk majlis penyampaian insentif paralimpiad johor, bagi meraikan kejayaan para atlit yang telah menyumbang pingat pada sukan paralimpiad kebangsaan di Sarawak pada bulan Ogos yang lepas. Tahniah kepada semua kontingen johor, pasukan catur paralimpiad johor. Terima kasih pada Jabatan Belia dan Sukan (En Azmil khususnya), yang menjemput ambo ke majlis ini walaupun ambo hanya sempat jadi pembimbing para atlit dalam masa 3 hari..yer, pertemuan yang singkat, tetapi ambo rasakan para atlit dan pegawai2 JBS yang mengurus pasukan sudah macam family...Ambo sharing2 mana yang patut jer, Atlit sendiri memang sudah hebat dan luar biasa..jika masih diberi peluang, ambo takkan sia2kan sharing ilmu-ilmu yang ada di dada ni..bukan duit ambo kejar, Alhamdulillah, duit hok ado cukup makan doh, cuma ilmu ni kalau disimpan pun rugi..baik kongsi2.ilmu yang ada ni pun dari Allah..Ambo doakan adik2 sentiasa berjaya dalam hidup terutama dalam pertandingan catur di dalam mahupun luar negara!..Juga buat semua pegawai terlibat, semoga sentiasa terus maju dalam bidang masing2.....Malaysia Boleh! Salam Muafakat Johor!






Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016