The Kelantan Red Knights (Coretan Bahagian 2)

Yer, itulah namo di beri...The Kelantan Red Knights, atau dengan bahaso mudohnya, Puok Kuda Merah Kelate...kudo itu merujuk kudo catur, buke kudo hok wat berlumbo tu, atau equin...Itulah semangat puok2 team kelate di Merdeka Team Rapid. Kali ni kelantan menghantar dua team demi merancakkan dunio catur Malaysia..kalu nok ikut ramai pemain kelate main kali ni, ada beberapa pemain telah menandatangani kontrak terlebih dahulu dengan team lain...demi menjaga keselamatan pemain, kita membenarkan mereka meneruskan hasrat mereka...untuk tahun depan kalu buleh mereka kembali semula ke skuad kuda merah sebab kesimpulan hok buleh dibuat adalah main nge team lain pun payoh nok buleh hadioh, so baik main nge team kuda merah, kurei2 buleh barbat!!! Cumo kalu nok bayaran tinggi tu tak dok jaminan la, mugo kito ni team org kampung jah, buke org bandar sangat..ni lah muko2 hok menyarung jersey kelate hok ketat napok perut buncit (bak kato Azlin Juarih)....

Depan : Azlin, Nasrul, Nazri, Amin  Belakang : Azmie, Zulkifli, Azizul, Faridzul



Yer, team ni team last minute sebenarnya, kami telah sedaya upaya mencari pemain yang berkaliber tetapi yang sanggup dan FREE masa ni, ni yang kami jumpa sebabnya NO RESERVE!...tu sakit ppalo sikit...pemilihan juga berdasarkan prestasi semasa pemain di kejohanan tempatan yang dianjurkan di kelantan....Tahun depan InsyaAllah kita akan cuba hantar team remaja pulok, cumo keno ada ibubapa/cikgu hok sanggup urus lah, mugo nok bowok kanok2...nok barbat serupo team hok ni gak serupo tok keno, puok2 ni sekali barbat gak, tok tido male...pada akhir kejohanan ini, Team 1 dan Team 2 bersaing rapat di kelompok 60 team terbaik bagi kejohanan ini daripada hampir 200 team yang bertanding (capor sekali team bawah 12 hok main dewan sebeloh)...

Prestasi Individu Pemain
Jika di lihat pada prestasi individu, 80% pemain telah mencapai keputusan 50% KPI yang ditetapkan...yang tak tercapai pun kito tok pernah sepak terajang, apatah lagi bui penampar, kito main satu team, samo cerdik samo bodo...so jange emotional kalu team mate kita tak menyumbang mata, dia dah cuba sedaya upaya, yang lain terserah kepada nasib juga...rata2 yang kalah tu semua buah nok menang (sokmo sokmo doh lagu ni...hahahaha).

Mari ambo kupas sikit...berdasarkan Rating performance, rasanya Team 2 lagi gagoh dari Team 1, Wan Azmie misalnya, Rating performance dio sangat tinggi..bermain di meja pertama sudah tentu terpaksa mengadap dengan pemain2 hebat...Sebaliknya Team 1 Nazri hanya mampu memperoleh 1 point...Jika di tengok pada board 2 (Nasrul dan Zul) dan board 4 (Jijo dan Joe), napok samo gagoh dari segi point...Board 3 Team 2 (Azlin) kurang menyerlah sedikit berbanding dengan Amin di Team 1...Jadi kalau dilihat dari segi kekuatan, mata yang dikumpul adalah sama saja, cuma beza tie-break....Apabila ambo tanya pada Azlin mengapa performance dia kurang menyerlah, ini jawabnya :

Azlin : "Banyok buah aku nok menei, tapi kaloh, dengan perak buoh menang setambung, aku buat silap, aku akui masih banyak kelemahan di ending....takpo, di Malaysia Challenger aku akan buktikan kehebatan sebenar aku, biasa la boh, sipei dulu....."...Pah mu, bakpo keno cekmate nge budok kecik?

Ambo : "Biasolah, penat doh, pah budok bukei sebarang budok, budok singapore, mungkin dio lagi kuat barbat, Carlsen pun jadi GM masa dio budok..so apo nok diherankan?"...hehehe, tapi cerito kalah cekmate nge budok ni dah tersebar dalam FB doh, biasolah ambo tok kisoh pun, mugo ambo bukei hebat sangat..hehehe..

So barulah ambo faham, ruponya dia peserta tunggal yang akan bermain di Malaysia Challenger di kalangan kami berlapan...yang lain terpaksa balik kampung untuk hari raya haji...tetapi Azlin ada misinya tersendiri...bersambung ke episod akan datang!

Sedikit gambar2 menarik team kami sepanjang perlawanan...InsyaAllah tahun depan kito barbat lagi dengan lebih banyak team dari kelantan!

Team player New Zealand..ambo respect puok ni..baik sungguh!!!
Menjamu selera di Chicken Rice Shop..bukan sekadar nasi ayam!
Pawn Sacrifice...Nasib baik Joe geghok..ambo kroh2 kroh2 kuat terlajok
Team 1 lost 1-3
Sokongan dari Jauh...Satu satu player kelantan yang sangat cekal!
Nandos before Tuf Tuf
Team 2 beraksi
The Legend
Presiden, please fokus your game!
IM Mas Hafizul, steady sokmo kalau bab barbat gak!

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016