Coretan aktiviti catur ambo sebelum Hari Raya Haji 2015 (Part 1)

Hoh, mapuh keghah, lamo tok update blog ni, sampai berhabuk doh...guano nok start tulis ni, mugo lamo bedooh, ambo try la ingat2 lupo gapo dio aktiviti catur ambo sebelum raya haji..dengan kata lain selepas rayo posa sebenarnya, sebab last adalah DPulze maso bule poso..

Ok nok start kat mano...ohh, rasanya sedap cerito pasal SUKUM 2015 dulu..yer SUKUM 2015 telah berlangsung di UiTM Shah Alam..seperti biasa UTM akan sedaya upaya turun walaupun lately banyak universiti makin hambar dalam menghantar penyertaan dalam acara catur, bagi ambo catur ni sejenis permainan peperangan minda, dan kos paling rendah untuk mengendalikan berbanding game lain seperti bowling dsb...

Kesimpulannya, malah nok tulis panje2, mugo basi doh tu gak, secara peribadi ambo berjaya merangkul 2 pingat (Perak dan Gangsa). Perak untuk Individu Rapid (tewas sekali kepada Juara, Cikgu Azmi dari UiTM) dan gangsa untuk berpasukan di belakang UiTM (Emas) dan UPM (Perak). Dalam acara Blitz hanya mampu berada di tangga ke-6. Berikut adalah sedikit gambar pasal kejohanan tersebut. Kejohanan ini sepatutnya sudah boleh buat National Rated...sebab sakit ppalo lawan 9 round ni.... Tapi nok wat lagu mana...penganjur berhak buat keputusan.

Bersama Halim (UiTM)
Team Catur Lelaki UTM (Gangsa)
Bersama Cikgu Azmi (UiTM)
Nasrul Vs Hafiz (KPM)
Team UTM (Lelaki dan Wanita) yang ceria sokmo
Drew with Nadzly (UUM)
Silver Medal (Rapid Individual)
Catur itu perpaduan!
Ok oloh, lupo pulok, sebelum SUKUM ni ada kejohanan antara Mahasiswa iaitu MASUM 2015, telah berlangsung di UTM Skudai (tuan rumoh la tu)...Ambo jadi Jurulatih terjun jah, tulong2 setakat mampu. Tahniah pasukan UTM kerana berjaya mendapat satu pingat perak individu (lelaki), serta tak kurang hebatnya apabila kedua2 pasukan lelaki dan wanita berada di kelompok 5 terbaik daripada hampir 12 universiti yang bertanding. Pasukan lelaki berada di tangga ke-5 manakala wanita di tangga ke-4. InsyaAllah tahun depan buleh lah tu pingat..kena usaha..juara perlu dibentuk!

Santai sokmo..jangan stress!
With Alia dan Najihah (Malaysian Player)
UTM mesti ceria sokmo
Team UKM
With Lim (Silver Medalist)
Pemenang pasukan Wanita (UiTM, UM dan UMP)
Pemenang pasukan lelaki (UiTM, UPM dan UM)
Orait, Part 1 kiro fokus pada kejohanan antara universiti...Part 2 ambo nok fokus merdeka team pulok...pen-off dulu, sup tulang napok masok doh, buleh gi makan tengahari....

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016