Corat Coret Catur 2014 dalam hidup ambo...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

2014 bakal melabuhkan tirainya...2015 bakal tiba...pah godio pencapaian catur ambo selamo 2014?? ado buleh dibanggokan ko? ambo kupas sikit demi sedikit dari bulan januari (hok mano ambo ingatlah)..

Januari 2014.....awal tahun ambo telah melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PCNK atas sebab ghasa terlalu sibuk dengan kerjaya dan takut takut tak mampu untuk memberi komitmen kepada Persatuan..Syabas juga kepada PCNK yang telah mendapat Presiden baru berstatus Jutawan dan Dato, yang sedikit sebanyak sudah tentu dapat membangunkan PCNK dengan baik seperti membeli peralatan, jam dsb.

April 2014....diberi kepercayaan oleh pelajar untuk melatih pasukan MASUM 2014 yang berlangsung di UPSI 2014..walaupun keputusan tidak lah memberangsangkan, namun tetap berpuas hati apabila melihat beberapa pemain yang awalnya banyok kerompes tapi buleh menang dengan good player...inilah kali pertama ambo berpeluang jadi jurulatih di UTM...kih kih..

Pasukan Catur Lelaki dan Perempuan UTM
Mei 2014....bermain di FIDE Rated tourney iaitu Selangor Open...Alhamdulillah buleh no. 18 keseluruhan....pada masa sama buleh tengok set2 ttino Malaysia duk wat selection..

Bersama Presiden Persatuan Catur Selangor
June 2014...macam serupo mimpi apabila dinobatkan sebagai olahragawan di kalangan staf UTM. Nampaknya sukan catur mula diiktiraf sebagai sukan di UTM..Antara kejayaan yang telah dicapai untuk melayakkan anugerah ini adalah Johan Berpasukan MAKSAK 2013 dan Naib Johan SUKUM 2013.

Menerima anugerah dari Pro-Cancelor
Ogos 2014...kali ini turun untuk memburu kejuaraan pertama UTM dalam SUKUM 2014 selaku tuan rumah, dengan persembahan konsiten dari awal, pasukan UTM dan pasukan UiTM bersaing di pusingan terakhir bagi menentukan Juara..hanya kemenangan sahaja yang membolehkan UTM juara, seri pun tokleh...last2 UiTM menang dengan UTM dan mereka telah dinobatkan sebagai Juara dan mengekalkan legend SUKUM (juara sokmo sejak dulu)..

Best Board 1
Penentuan Juara....
September 2014...MAKSAK datang lagi...kali ini berat tanggungjawab turun selaku Juara 2013..tapi MAKSAK ni main kot celoh mano pun hadioh dio pingat dan barang letrik jah sokmo..cumo keseronokan dio tu lain macam..play for state!...tahun ini MAKSAK Johor terpaksa mengalah kepada MAKSAK Terengganu (Tuan Rumah) yang telah menjuarai kejohanan. Bermula dengan baik dari awal pusingan, dua pusingan terakhir terpaksa akur juga dengan kehebatan pasukan lain. Tapi best sangat sebab dah banyak pasukan makin kuat..bila kuat, kita pun akan main sampai habis habisan.syabas kepada semua pemenang..main MAKSAK ni ambo lihat lebih kepada UKHUWAH pencatur...

Janji naik podium...
Lawan Terengganu
Oktober 2014....Menjuarai kejohan Blitz di Stadium..bbunyi sangat ganas..juara blitz...tapi gak main santai di kedai makan area Stadium...kejohanan ini adalah initiatif ambo dan juga rakan2 catur hok tok tahe sangat doh nok main catur sejak awal tahun 2014 (hanya ada kejohanan rapid KTD, Sains Machang dan UiTM Open sahaja yang benar-benar boleh diketengahkan bakat), katanya Presiden PCNK baru perlukan lebih masa untuk memantapkan persatuan serta akan menganjurkan kejohanan termahal bernilai puluhan ribu pada bulan december dan kita terima dengan hati terbuka. Sementara menunggu tourney kelantan open, peminat catur berbarbat blitz dahulu untuk panaskan enjin...

Menerima hadiah dari Azizul (SU PCNK)
Disember 2014....sekali lagi barbat Blitz diadakan, para pencatur tak sabar2 untuk makan laksa special dari penganjur. Penganjur kali ini menerima banyak sumbangan hadiah seperti pingat, wang tunai, detox dan juga Milo. selepas berhempas pulas, akhirnya terpaksa akur di tempat ketiga dan kali ini Azizul pulak yang menjuarai kejohanan berprestij ini...

Menerima hadiah dari Cikgu Nik Azrihan
Servis bertukar tangan..tahniah Azizul!
Begitulah sedikit sebanyak aktiviti catur ambo sepanjang tahun 2014...buat semua pencatur kelantan yang dilanda banjir, anggaplah ini ujian kepada kita semua dari Yang Maha Esa. Saya doakan kalian semua sentiasa dalam lindungan Allah..Kejohanan yang dirancang pun terpaksa dibatalkan..ada hikmah di sebalik kejadian (fikirkan semula apa yang kita dah buat selama ini), betul ke tindakan kita melantik seorang pemimpin persatuan, tengok sumber wang untuk menggerakkan persatuan...masa sekarang bukan lah sesuai nak tuding jari pada sesiapa, tapi bermuhasabahlah dan terus bermuhasabah (tak perlu nak bertekak lagi)..banyakkan kembali kepada jalan yang benar...yang lepas biarkan berlalu, yang dihadapan kita cuba sedaya upaya berubah dan niat ikhlas untuk bantu-membantu..

Akhir kalam, saya memohon seribu kemaafan ke atas segala kesilapan, atau ada tulisan2 saya di sini yang mungkin secara tak langsung mengguris kalian semua yang terlibat sebagai pengunjung..kalu di kelate gak, kira barbat jah ni..tapi orang luar kelantan sukar memahami apa itu barbat (ini barbat bukan bermaksud perut)...Jumpa lagi di tahun 2015..

Buat tatapan kalian, ambo pilih beberapa picture terbaik sepanjang 2014 yang ambo rasa sangat rare untuk dikongsi walaupun banyak gambar2 lain yang lagi rare :

Bersama Pemain Negara Pertama dari Kelantan, Najihah, rare kei tuh
Bersama Ariez the Cameraman, sepanjang ambo main catur,
camera canon dia sangat rare dan tak boleh menandingi kamera phone
Kalu doh kemaruk catur..main kat futsal pun kami sanggup..oh sungguh RARE!
Azlin the Badbishop..sangat rare baju dio..oh rare sangat!

Percaya atau tidak..hadiah Arbiter (Rhozisham) terbaik pun ado!!
Sesupit Milo dan Detox....rare nyo rareeeee

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016