IM MAS HAFIZUL KONGSI PENGALAMAN BERHARGA....

Sementara menunggu keputusan lengkap kejohanan...ala2 Juara Lagu, ada slot persembahan dari artis jemputan...tapi kali ini bukan lah artis jemputan, tetapi pemain jemputan, IM Mas Hafizulhelmi....

Ya, beliau sebenarnya ikon terbaik kepada remaja yang mahu berjaya dalam bidang catur...beliau telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang beliau menceburi bidang percaturan ini, bermula sejak kecil lagi. Salah satu tips berharga beliau adalah, tidak berputus asa dan ibubapa merupakan pemangkin paling baik untuk berjaya.

Jadi kepada adik2 yang bermain catur, jangan cepat mengalah yer, selalu yakin dan jangan cepat putus asa sebab semua dapat 16 pieces catur yang sama saja...hanya keyakinan dan ilmu yang boleh membawa kita maju ke hadapan.

Ambo abadikan beberapa keping gambar sepanjang sesi perkongsian pengalaman seorang International Master. Hok ambo teruja bila ada adik2 yang nak sain autograf...ambo ghaso satu perkembangan positif bagi adik2 ini sebab daripada duk sain autograf artis-artis, baiklah autograf ikon2 macam ni...jarang2 sekali nak jumpa dengan IM ni...

"Pado adik-adik...jange cepat mengaku kaloh...."

 
 Chief arbiter Nik Farouqi duk jeling tu...agok2 dio nok share pengalaman how to beat the International Master tuh.

 "Oloh la, ambo biaso-biaso jah..."

 Adik-adik, tolong beratur yer...

Sain autograf denge bui no telefon sekali ko??

Ok..syabas IM Mashafizulhelmi yang telah menjuarai Kelantan Open 2013...Terima kasih juga sebab berkongsi pengalaman berharga untuk mendorong adik2 supaya lebih fokus dan yakin di masa akan datang...kejayaan itu bukan datang dengan singkat..kena pengorbanan dan usaha gigih...

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016