MAKSAK 2012...Tahun ni rezeki ambo dan pasukan Johor...

Yer...itulah dapat ambo simpulkan..ianya adalah rezeki kami...nak kata team Johor ni kuat pun rasanya belum boleh lagi...hanya nasib menyebelahi kami dengan kelebihan setengah mata...kami sudah merasai keperitan ini dua tahun lepas...di tangga kelima dengan dibezakan setengah mata dengan pemenang tangga keempat...memang pedih dan sadis...masa tu mulalah mencongak2 sebenarnya boleh dapat setengah mata itu sebenarnya kalu....yer duk main woh kalu pah ceroh..kalu woh tu tok seri, sure buleh doh setengah...kalu tok wat blunder, sure menang doh game tu...jadi woh kalu ni tok habih sokmo....

Tahun ni hampir terjadi lagi peristiwa sadis...pada pusingan akhir, kami terpaksa bertemu dengan Kedah...perlu kan kemenangan kerana bersaing dengan Terengganu dan Sarawak untuk tangga keempat kerana di atas kertas, Kuala Lumpur dan Selangor terlalu jauh untuk dikejar dan pada pusingan akhir kami percaya kedua2 negeri ini akan kutip sekurang-kurang satu mata daripada perlawanan masing-masing....

Tamat perlawanan, kami berjaya mengutip 2.5 mata daripada kedah...lihat table sebelah, nasib baik sabah dapat curi setengah mata dari sarawak, membuatkan mata sama sebanyak 15...kena tengok tie-break pulak, lagilah mendebarkan...selang beberapa minit, dapat tahu terengganu pukul selangor 4-0...wow..unexpected sebab melihat komposisi pemain selangor rasanya susah terengganu nak dapatkan 4-0..ini menyebabkan selangor kekal dengan 14.5 mata dan menduduki tempat kelima...

Itulah catur, kadang-kadang boleh berlaku kejam juga....tetapi catur adalah permainan yang paling friendly...tak perlu gaduh-gaduh, tak perlu kad merah, tak perlu tumbuk pengadil...kalah menang itu adat pertandingan....yang penting objektif tercapai....sukan memupuk perpaduan...

Keputusan Winners Pool adalah seperti berikut :


Bagi Loosers Pool, Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing Johan dan Naib Johan. Set2 Kelate kito dibarisi oleh Cikgu Baha, Saufi, Nik, Nazri, Jijo dan Anis....bilo lah agoknya ambo nok main untuk Maksak Kelate pulok.....

 Lawan Selangor...kami kalah 1.5-2.5...tapi puas hati boleh draw dengan Zarul Shafiq...sadis pulak tengok Hafiz bagi free rook kepada Taulani setelah buah sepatutnya draw kerana tak boleh masuk

 Bergambar dengan Teammate...rasanya ambo sangat happy dengan Teammate ni...Main untuk menang pada masa yang sama main untuk barbat...banyak barbat sebenarnya...

 Pemain Kelantan di Johor...gege ghiuh..

 Buleh periuk nasik sebijik....

 Lawan KL..seri 2-2...seperti dijangka ambo tak diletakkan harapan untuk mata kerana lawan NM Kamal, tapi alhamdulillah boleh bertahan hingga minit2 terakhir...pada satu ketika buah memang tersumbat dan beberapa kali mintak draw, tetapi siapolah ambo...hehe..jadi cuba main dan pecah nak masuk-last2 padan muka ambo.

Lawan Kedah...menang 2.5-1.5....cemas di saat akhir kerana masa sudah tinggal 1-2 minit tetapi lawan gentlemen accpet draw (sebab buah memang sudah draw dari awal lagi).....tapi masa tak menyebelahi ambo

 
Lawan Terengganu, Draw 2-2...lawan "Otai" catur Terengganu, Norazmi...last minute kasik kuda free...terus tak terjawab move2 selepas itu..

Jadi tamatlah MAKSAK 2012 tahun ini...rasa sangat happy juga dapat pingat gangsa kerana inilah satu2 pingat yang dapat saya capai setelah pulang dari cuti belajar beberapa tahun lepas....Jumpa lagi di Johor 2013...itu pun kalau ambo boleh main lagi...sebab tiap2 tahun nak kena lepas selection dulu...

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016