Apa kata anda?
Saya teruja untuk post pendapat seorang otai catur yang saya petik dari FBnya....saya sokong sangat pendapat ini kerana inilah hakikatnya...ramai yang saya perhatikan sangat berpotensi tetapi tanpa pendedahan dan pemilihan "sparring" yang salah boleh membantutkan hasrat kita melahirkan seorang GM di Malaysia...
"Dari pemerhatian saya kepada
keputusan-keputusan pusingan beberapa pusingan awal catur olympiad di
Turkey, saya cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa pemahaman
permainan catur di kalangan pemain-pemain Malaysia adalah sebenarnya
jauh lebih tinggi dari 'rating' mereka. Ini disebabkan mereka bermain
sesama sendiri di peringkat nasional. Tidak ada sokongan kewangan dari
mana-mana individu atau persekutuan catur untuk mereka bermain di
peringkat antarabangsa secara kerap malah tidak juga mampu membiayai
perbelanjaan bernain di rantau Asean. Malaysia Boleh." B.H.
Comments
Post a Comment