Cinta 5 musim di Sains Machang....

Bergambar dengan banner tertulis masa 8.00 pagi tetapi hanya jam 11.50 barulah dapat main, itupun main blitz 10 minit nak kejar sembahyang jumaat

Percayakah anda?
  • Satu-satunya kejohanan catur yang bermula pada pukul 11.50 pagi?
  • Dua pemain yang sama terpaksa melawan seorang pemain?
  • Pemain ada dua queen masih boleh draw dengan lawan?
  • Setelah dua permainan dijalankan, pada petangnya permainan diresetkan semula main yang baru?
  • Mengguna teknologi pairing komputer pun boleh kelam kabut....nama tak keluar, lawan tiada.....
  • Pemain perempuan open dan bawah 18 bermain tanpa jam?
  • Ada pemain catur bermain tanpa mandi pagi gara-gara takut lewat, tetapi masih boleh dapat tempat top-5...kalau mandi sudah tentu lagi baik...mungkin juga kerana sempat gosok gigi selepas sembahyang subuh.
  • Pemain datang jauh-jauh, ruang parking pula terhad.....ada pemain yang tersentak ketika bermain selepas pengumuman "kepada pemilik kenderaan bernombor DAE 11XX...sila alihkan kenderaan anda dengan segera...main 10 minit, kalau alih kenderaan habis masa ngan gitu.
  • Penyampaian hadiah pada jam 7.35 malam...............

Semuanya berlaku di Sains Machang Chess Open...sorry, bukan niat saya nak mengkritik, walaupun saya tahu sebagai yang pernah menjadi Naib Presiden, nasib yang sama mungkin tidak mustahil berlaku seperti kritikan Tan Sri Annuar Musa mengkritik FAM...walaupun FAM hanya menidakkan dengan menyatakan ranking tidak penting....

saya sedia menggantungkan diri saya (tak yah lah PCNK gantung saya) untuk tidak bermain lagi di Sains Machang tournament jika pengurusan yang sama tidak cuba perbaiki ranking penganjur terhebat di Malaysia..tetapi kelab profesional kuda merah pasti diteruskan...

Saya harap pihak penganjur Sains Machang harap perbaiki dan sedar rintihan penyokong dan peminat catur tempatan.....janganlah pula kata pemain tidak penting kerana tanpa pemain siapalah penganjur.........

Kadang-kadang kita kena terbuka mendengar komen orang....usah dikolotkan pendapat orang...kerana merugikan diri sendiri dan rakan-rakan juga!

Apa-apapun saya tak salahkan penganjur, mungkin masalah teknikal, tetapi tolonglah perbaiki di masa hadapan...sediakan jam secukupnya, bila kita nak didik pelajar2 sekolah untuk main chess, janganlah didik mereka bermain seperti dikedai kopi..sediakan jam secukupnya...kita selalu kata anak bangsa kita susah nak maju main chess, walhal kita tak didik sebaiknya...

Bapa yang mithali....kenal ke siapa ni??

Cikgu Azizul...gaya seorang juara.....no more MJJ

bersambung................................nak tido dulu..penat sangat...menunggu 3 jam nak main, balik pula sampai malam....pekena pulok sup perut...fuh terangkat ketiak.

Comments

  1. satu lagi game minima 6 main 5 jah.. bawah 18P... pah main blitz pulop......

    ReplyDelete
  2. Perempuan baru je main 1 game pagi.. bukan 2 games... hehe... pendapat kawe akan kawe tulis dalam blog kawe.. tunggu.........

    ReplyDelete
  3. Adakah ini bermakna Organisasi Cerdik Catur adakah organisasi catur TERHEBAT di Malaysia? hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016