How to beat FM Taulani with Black?

FM TAULANI....FM is FISHING MASTER, NOT FIDE MASTER..

Nampaknya Siri entry "How to beat with black" peribadi ambo masuk siri ke-3. Pertama dengan Leong Mun Wan, kedua dengan Mohd Azizul dan kali ini dengan Taulani....Siri How to beat with black ni di cipta khas untuk memberi pendedahan kepada anak2 muda yang mahu aktif dalam catur supaya sentiasa yakin pada diri sendiri sekiranya bertemu dengan lawan yang terlalu kuat untuk dikalahkan berbanding prestasi semasa kita. Tambahan pula dari sudut psikologi, bermain buah hitam dengan higher rated seolah-olah masuk mulut harimau....Siri "How to beat with black" juga merupakan kekuatan barbat bagi player yang sebelum ini merasakan kekuatannnya suam-suam kuku sahaja. Barbat itu sebenarnya satu tenaga dalaman yang luar biasa sekiranya menghadapi situasi "buah yang sukar"....sekali barbat, jangan toleh belakang lagi kerana penghujung permainan seharusnya sebuah kemanisan.....

Kali ini entry di teruskan dengan "How to beat Taulani with Black?".....atas kertas, ambo ni meme jauh sangatlah level dengan beliau....bukan dalam catur sahaja, level memancing beliau sangat tinggi sehinggakan beliau dapat menangkap beberapa ekor ikan besar di laut dalam. Ambo memilih Scandinavian untuk membalas e4 Taulani kerana beberapa bulan lepas, ambo juga pernah menang dengan Mohd Azizul yang rating jauh lebih tinggi dari ambo, dengan bukaan sama..walaupun ketika itu Mohd Azizul memberitahu beliau selalunya tidak bermain e4, beliau nak mencuba opening baru.

Oklah, game tu ambo abadikan dalam blog ini...analisis sebenar tiada kerana ambo ni bukan pakar analisis game..ambo hanya main catur ikut jalan sahaja....ambo takdok maso nok analisis lebih-lebih, mungkin sebab itu ambo susah nak maju dalam catur, tetapi ambo bermain catur sebagai "release tention" dengan kekangan bekerja sahaja, disamping berbarbat dengan kawan2 lama dan baru, dan yang penting bermain catur itu merupakan inspirasi ambo untuk mencatur kehidupan didunia dan akhirat...Seni permainan catur itu sangat unik...sebelum bertindak, anda pasti selalu berfikir banyak kali untuk movekan pergerakan catur..begitulah kehidupan, tanpa perancangan, hidup ini susah dimengertikan...blunder dalam catur mengingatkan pula kepada dalam kehidupan ini kesilapan dan kegagalan pasti akan berlaku jua..yang penting, bagaimana kita mencaturkan semula untuk perbaiki kegagalan di masa hadapan....langit tidak selalu cerah, awan tidak selalu mendung, begitulah dalam permainan catur ada buah catur cerah dan ada yang mendung.....

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016