Round 1 @ Asian Amateur

Kali ni beghaso nok update simpan buat kenangan game2 ambo sepanjang kejohanan Amateur dan selected games saing2..jadi ikut ambo lah deh mugo blog ambo..hok mana lawan ngan kawe, ambo mitok nok bubuh la ssini...suko2 jah...nok letak semua hok saing2 takut nyo kato habih oghe tau opening gapo dio main...ambo tok kisah, sapa nok study game ambo pun study lah..at least "membantu" pemain2 lain buat preparation sebelum bertemu ambo...loh la, ambo tok de nak prepare game org lain pun..gi main jah..sebab de mari barbat ambo buleh main mace2 jenis opening..main je lah menang belum tentu..

Kalu pengunjung jumpa MOVE-MOVE menarik atau menganalis game2 yang ambo letak di sini, silalah berkongsi...kami semua amat berbesar hati kerana kami sentiasa baru belajar dan menimba ilmu ini takkan habis sehingga akhir hayat....dipersilakan tinggalkan komen yer..

Pada pusingan pertama, malamnya ambo telah dipairingkan melawan sesama team Kelate sendiri dengan Azlin...namun begitu keesokannya dikhabarkan ada kesilapan semasa menyusun pemain..maka ambo dipairingkan untuk bertemu Chuah Yi Ning...rasa-rasanya pemain mssm pulau pinang jika dilihat baju yang dipakainya...tapi tak pasti tahun bila..

berikut adalah game ambo, ambo cuba main English sebab banyak grammar ambo telah improve sikit sejak main FIDE rated kelate, tapi last2 tok jadi english, jadi india, resultnya ambo menang:



Sebelum gapo2, ambo nak ucap terima kasih dan syabas kepada team kelate dan secara keseluruhan result set2 kelate kali ini adalah:

Nasrul - No. 17 (6/9)
Ab Haq - No. 22 (5.5/9)
Ezmi - No. 33 (5/9)
Syed Azizi - No. 46 (5/9)
Wan Mahadzir - No. 48 (5/9)
Marzuki - No. 54 (4.5/9)
Norazlin - No. 63 (4.5/9)
Ariez - No. 79 (4/9)
Bustaman - No. 97 (3/9)

Yes....not bad maa....we all top 100 in Asian!.....ayat nok ssedap hati....hehe..


Kanan : Ab Haq selaku first seeded mendapat peluang untuk dirasmikan kejohanan oleh Tan Sri Ngah Talib. Kiri : Marzuki vs Bustaman, perlawanan sama geng sendiri ppagi buto lagi, kebetulan malam sebelum tu kami usik mengusik supaya mereka berdua bertemu...masin sunnguh mulut kami selepas makan kailan ikan masin di Rosdet Seafood.

Pada round 1 juga, boleh dikatakan sedikit kejutan bagi seorang pemain unrated red knights kerana dapat draw dengan higher rated player. Ariez telah berjaya berkongsi mata dengan Aziz Shukor. Acu pakat kelih game dio di bawah....

Gaya seorang penglipur lara...Ariez (topi dio tu mahal)



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Makan Malam PCNK 2016

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Lamo tok berblog..mugo update ikut mood lagu ni la...