Ambo ado...tempoh bertenang

Ambo ado, cuma sekarang ni akhir tahun banyok kijo...tempoh bertenang...kijo kat pejabat, kijo kat rumah, pah penat dok pikir intermezo banyak sangat..last-last kerompes ayam jugak....

Pemain-pemain kelantan yang menjuarai DATCC Team baru-baru ini...GAMBAR HIASAN

Belum terlambat ambo ucapkan tahniah pada pasukan catur kelantan yang juara di DATCC team baru-baru-baru ini...sememangnya hasil usaha daripada awal lagi membuahkan satu kejayaan manis buat pemain catur kelantan tahun ini....takda istilah siapa penyelamat atau siapa menyelamat....kalau dah main dengan semangat berpasukan, hasilnya sama-sama dituai, ada ahli pasukan yang kalah banyak, ada yang menang 100%, ada yang bagi komitment dari awal..itulah resepi kejayaaan...

Sama juga kemenangan Malaysia ke atas Indonesia tempoh hari, tak boleh kata Khairul Fahmi Che Mat jer hero atau penyelamat, kalau scorer ambik penalti tak sumbat, tak juara juga, kalau Fakhri tak score masa semi final walaupun dia tak score penalti, tak menang jugak...jadi semangat berpasukan itu penting...dan fokus pada perlawanan terutama jangan selalu pandang rendah pada lawan kita...

Kepada yang akan menyambut Hari Natal..wish you Selamat Hari Natal....tunggu projek interview ambo dengan Mat Leng a.k.a tauke besar hok selalu cari sponsor untuk set2 kami gi mmain di Kejohanan...dengar kato dio lo ni sibuk sikit...nanti ado luang ambo interview...

ambo persembahkan satu petikan game dari kelantan fide rated tournament di mana bahang kebarbatan Kuda Merah nampaknya bertukar kuda hitam yang sangat liar dan taraf2 penari dancing on ice...hoh...tengok la..

Comments

Popular posts from this blog

KEM MALAYSIA #KITA JUARA 2017

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL