Syarat National Closed terlalu ketat!!!!

Ambo raso, kuota 4 pemain negeri diberi yuran percuma pada tahun lepas tetapi dikurangkan menjadi 1 (tetapi tetap dikenakan bayaran) sangat2 tak masuk akal.

Minta maaf MCF, National Closed sebenarnya patut mencari platform pemain2 berkebolehan di pelusuk negara untuk akan datang mewakili Malaysia. Mengapa harus begitu ketat syarat wakil setiap negeri?? Adakah setiap negeri akan menghantar wakil2 cokia (atau telefon nokia) sahaja jika free. Itupun pemain catur tak mintak semua ditanggung (makan kenyang berak mencangkung sendiri)..Jika yuran diberi percuma untuk sekurang2nya 3 wakil negeri, rasanya ramai berpeluang untuk menunjuk bakat baru.

Jangan pula suatu hari nanti sukan catur ini hanya sukan untuk orang2 kaya sahaja. Dahlah sekarang negara dibebankan dengan harga minyak, ketiadaan stok minyak masak, sekurang-kurangnya beri peluang pemain catur bernafas.

Janganlah ketiadaan sponsor DATO' TAN dijadikan alasan, tolonglah lobi sikit dengan Kementerian Belia dan Sukan, bila bolasepak menang, pelbagai imbuhan dapat. Ini lah masa sesuai mencungkil bakat terbaru di National Closed tatkala tak dibuka kepada player luar. Nak main chess luar negara dah mahal, dalam negara pun mahal.

Wallahulam.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Makan Malam PCNK 2016

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Lamo tok berblog..mugo update ikut mood lagu ni la...