Apa sudah jadi????

ish..ish..ish, tak cukup ngan jenayah buang bayi, ada pulak bagi harapan kepada remaja2 yang hamil...jangan pula lepas ni makin bertambah pelajar hamil di sekolah ini dek kerana pelajar sudah ada peluang sebegini rupa di negara Malaysia terchenta...

Jadi antara Karpov dan Kirsan??? Lu pikirlah sendiri!

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok

19/09/2010 10:14pm

JASIN 19 Sept. - Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata, remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

"Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

"Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016