Banjir: Kerajaan Kedah diminta bayar ganti rugi

AMBO BUKE NOK SOKONG MANO2, TAPI KALU LIBATKAN POLITIK GAK GINILAH JADINYO...awo kerajae pembangkang merintah, suruh bayar gati rugi..pah banjir kat KUALA LUMPUR, ado ko nok bui ganti rugi, dok taghoh tanoh sano sini, sistem perparite tok betul...ado ko nok wi ganti rugi...



Banjir: Kerajaan Kedah diminta bayar ganti rugi

16/08/2010 12:06pm

KUALA NERANG 16 Ogos - Kerajaan Kedah diminta membayar ganti rugi kepada mangsa banjir di Sik dan Baling baru-baru ini jika kejadian itu disebabkan kegiatan pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengawal kegiatan pembalakan dan tidak membiarkannya berleluasa sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat.

Dalam kejadian Sabtu lepas, ramai penduduk di Sik dan Baling terpaksa dipindahkan akibat rumah mereka dinaiki air dan dilanda banjir lumpur dipercayai kesan daripada kerja pembalakan di kawasan hutan berhampiran.

Ada juga rumah yang roboh kerana dirempuh balak yang dihanyut arus banjir selain jambatan yang runtuh kerana terkena balak hanyut. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016