Posts

De dio maghi main balik...........Tahniah

Image
Tahniah ambo ucapkan pada Marzuki kenadok kerana berjaya menduduki tempat ketiga pada kejohanan Catur terbuka UNISZA....beliau membuktikan yang beliau masih berbisa seperti bisanya buoh seto....tahniah sekali lagi....de dio maghi main balik....  De dio maghi tido.... Sesi penyampaian hadiah

Nantikan kemunculannya...

Image
Selepas Piala Malaysia, siapakah pula akan dinobatkan sebagai Juara 1st UTM Fide Rated Round Robin Event 2013? Nantikan kemunculannya.........debaran semakin terasa... Event ini adalah anjuran bersama dengan KECAS UTM. Walaubagaimanapun penyertaan telah ditutup dan pemilihan pemain adalah berdasarkan kekuatan semasa. Yang berminat boleh berlatih untuk siri yang seterusnya yang akan diumumkan kelak. Co-sponsor adalah Naserov Holding Sdn. Bhd........ Senarai penuh pemain : 1) Taulani Tukiran (2016)- MAS (5701643) - Fide card  2) Leong Mun Wan (2167)- MAS (5701520) - Fide card 3) Noorullah Omar (2002) - MAS (5703700) - Fide card 4) Nasrul Humaimi Mahmood (1917) - MAS (5702380) - Fide card 5) Mohd Yusof Yasnain (1911) - MAS (5702860) - Fide card 6) Muhd Ariez Azman (1761)- MAS (5706548) - Fide card 7) Salman Mistam - MAS (5706831) - Fide card 8) Halim Johari - New Zealand (4303369) - Fide card 9) Mohd Haizal Jamaluddin 10) Mahadi Mat  11) Mohd. Zahid A. Shukor 1...

Taulanipov Johan First Sunday Oktober 2012

Image
7hb Oktober 2012 : Taulanipov berjaya menjadi Johan kategori Terbuka pada sirkit kali ini dengan memungut mata 4.5 daripada 5 perlawanan. Naib Johan dimenangi oleh ambo (Nasero), manakala Herman Rahman muncul sebagai pemenang ditempat ketiga dengan memungut 4 mata. Tempat keempat dan kelima masing-masing di menangi oleh Ilyas dan Leong Mun Wan.   Taulani diringi anak2 beliau menjulang Piala kemenangan    Sekitar suasana di pusingan kelima   Bahang di MAKSAK masih membara

MAKSAK 2012...Tahun ni rezeki ambo dan pasukan Johor...

Image
Yer...itulah dapat ambo simpulkan..ianya adalah rezeki kami...nak kata team Johor ni kuat pun rasanya belum boleh lagi...hanya nasib menyebelahi kami dengan kelebihan setengah mata...kami sudah merasai keperitan ini dua tahun lepas...di tangga kelima dengan dibezakan setengah mata dengan pemenang tangga keempat...memang pedih dan sadis...masa tu mulalah mencongak2 sebenarnya boleh dapat setengah mata itu sebenarnya kalu....yer duk main woh kalu pah ceroh..kalu woh tu tok seri, sure buleh doh setengah...kalu tok wat blunder, sure menang doh game tu...jadi woh kalu ni tok habih sokmo.... Tahun ni hampir terjadi lagi peristiwa sadis...pada pusingan akhir, kami terpaksa bertemu dengan Kedah...perlu kan kemenangan kerana bersaing dengan Terengganu dan Sarawak untuk tangga keempat kerana di atas kertas, Kuala Lumpur dan Selangor terlalu jauh untuk dikejar dan pada pusingan akhir kami percaya kedua2 negeri ini akan kutip sekurang-kurang satu mata daripada perlawanan masing-masing.... Tama...

Syabas...ambo sokong usaha sebegini....National Chess Academy

Image
Ambo sokong usaha sebegini....kalau nak lahirkan GM, kena ada initiatif dari sekarang...samada dapat atau tidak budget ni saya tak pasti, tapi sekurang-kurangnya boleh buka mata pelbagai pihak...Tahniah Mr Najib!

Apa kata anda?

 Saya teruja untuk post pendapat seorang otai catur yang saya petik dari FBnya....saya sokong sangat pendapat ini kerana inilah hakikatnya...ramai yang saya perhatikan sangat berpotensi tetapi tanpa pendedahan dan pemilihan "sparring" yang salah boleh membantutkan hasrat kita melahirkan seorang GM di Malaysia... "Dari pemerhatian saya kepada keputusan-keputusan pusingan beberapa pusingan awal catur olympiad di Turkey, saya cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa pemahaman permainan catur di kalangan pemain-pemain Malaysia adalah sebenarnya jauh lebih tinggi dari 'rating' mereka. Ini disebabkan mereka bermain sesama sendiri di peringkat nasional. Tidak ada sokongan kewangan dari mana-mana individu atau persekutuan catur untuk mereka bermain di peringkat antarabangsa secara kerap malah tidak juga mampu membiayai perbelanjaan bernain di rantau Asean. Malaysia Boleh." B.H.

Sedap jugak tengok siaran langsung ni kalu asyik timbuk GM!!!

Image
Beraso sedap sungguh kelih game pemain Malaysia kat olympiad....kali ni 2 GM tumbang lagi...adakah hasrat melihat GM pertama Malaysia akan tercapai sejajar dengan 55 tahun ulang tahun merdeka... Ayuh pemain Malaysia....buat yang terbaik...tak perlu janji apa2...janji buat yang terbaik dan buat adik Yeoh Li Tian dan Zhou Ren, cari pengalaman berguna......janji ditepati! Janji siapa? Janji 1 Malaysia...................