Sudah tiba masa national closed diangkat martabatnya

Bagi saya, National closed merupakan satu-satunya kejohanan paling prestij di Malaysia. Sayangnya dengan penyertaan yang hanya menarik 50 peserta, saya rasa tentunya MCF perlu sediakan formula yang baru...di Malaysia, sindrom mencari formula baru sudah banyak berlaku, bolasepak, badminton dsb, perlukan kebangkitan....

Jika penyertaan benar-benar dibuat melalui pemilihan diperingkat negeri, saya assume sekurang-kurangnya 50 peserta sudah dicapai dari setiap negeri (katakan 4-5 peserta satu negeri)....

Belum campur dengan yang main untuk diri sendiri...saya rasa ramai pemain2 terbaik Malaysia, remaja-remaja belum sertai...

Mungkin juga penganjur sudah tahu bahawa sekarang rancak dengan latihan pusat MSSM...tetapi masih memilih tarikh ketika ini....

Hari ini pada masa yang sama bermulanya National close, ada satu kejohanan menawarkan hadiah mencecah RM1000, tetapi di national close hanya RM600 untuk johan...di mana prestijnya?

Sayang, kita boleh anjur kejohanan bertaraf International seperti di Melaka, Asian Amateur dsb, tetapi National close seolah-olah tidak diberi perhatian

Fikirkan sejenak....bukan saya nak mengkritik...tetapi pada masa akan datang, National close patut menjadi kejohanan catur no.1 di Malaysia, buat selection diperingkat negeri, bagi surat pelepasan cuti dari MCF secara rasmi kepada pelajar sekolah atau pekerja supaya proud mewakili negeri masing-masing...jadi tidak timbul soal cuti sekolah atau nak mohon cuti...majikan pasti melepaskan pekerja mereka jika tahu pekerja bermain untuk negeri tambahan peringkat kebangsaan...

Wallahulam....itu hanya buah fikiran saya..tak semua akan setuju, saya mohon maaf...dulu saya pernah beri buah fikiran saya, dikolotkan orang, tetapi saya tak kisah sebab saya tahu kita insan bebas untuk bersuara, tak payahlah nak melenting..fikirkan positif

All the best untuk semua pemain.

Yang sedikit kecewa bila National Close yang diwarwarkan pada bulan March dahulu tak jadi,
Naserov

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016