Chess is no longer good for your children mind???

PATUTLAH SUKAN CATUR DI MALAYSIA TAK BERKEMBANG, APABILA KANAK2 KITA LEBIH BERKEMBANG DAN TAJAM MINDA DENGAN SENI HIBURAN, SO BUAT APA NAK SUSAH2 MAIN CATUR KAN....BAIK JADI PENYANYI KOIR JER..MAIN CHESS SAKIT KEPALA LA, TENTION LA....MMMM....PAROK MENISAM DOH!

Bilo lah pulok nok buat PERMATA CATUR ni??? acu try tengok, ramai pemain catur berjaya jugok...hok ni mereka tak nampak, jadi orang2 kuat catur Malaysia bolehlah suggest...

Permata Seni menajam minda


PERMATA Seni telah dilancarkan oleh Rosmah Mansor pada 11 Januari lalu di Kuala Lumpur.


INTELLIGENCE Quoetient (IQ) atau darjah kecerdasan otak adalah berbeza bagi setiap individu. Ini berdasarkan faktor bangsa, budaya, pengaruh persekitaran, pendidikan, genetik dan lain-lain faktor yang mempengaruhi individu semenjak usia kanak-kanak hinggalah dewasa.

IQ seseorang boleh menjadi cemerlang ataupun sebaliknya mengikut kemampuan masing-masing menajamkan minda dan mengasah otak.

Bukan mudah untuk mendapatkan IQ yang cemerlang malah memilikinya adalah idaman setiap insan.

Pertumbuhan IQ adalah bermula semenjak bayi lagi malah ia merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Menyedari akan hakikat tersebut dan dalam masa yang sama tidak mahu golongan cerdik pandai ini tercicir dan terabai, mereka perlu diambil berat dan diberi perhatian supaya intelek dan psikologi seseorang kanak-kanak berbakat itu boleh dikembangkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) yang dicetuskan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak 2006 telah berjaya menubuhkan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara atau NCDRC di UPSI pada 21 Jun 2007.

Ketika ini sebanyak 18,000 (jumlah sehingga 21 Oktober 2009) kanak-kanak di Malaysia mendapat manfaat daripada perluasan program Permata dengan penubuhan 478 pusat asuhan dan didikan awal sepanjang tahun lalu.

Dengan menggunakan falsafah cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi) dan cerdas sosial dan fizikal, kini program Permata telah dikembangkan kepada program Permata Seni yang terbahagi kepada Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik.

Jika program Permata Pintar dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, maka program Permata Seni pula adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang seni.

Untuk makluman bersama, Permata Seni Koir dikendalikan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) manakala Permata Seni Muzik pula dikendalikan oleh Istana Budaya yang menyaksikan kedua-duanya di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Bagi kedua-dua program tersebut, ia bertujuan untuk memperkembang dan seterusnya menyerlahkan potensi kanak-kanak yang cemerlang di dalam bidang vokal atau seni suara dan mainan alat muzik melalui program pembelajaran dan bimbingan yang sistematik dengan penekanan kepada kecemerlangan bakat.

Telah dilancarkan pada 11 Januari lalu, kini Permata Seni telah dianggotai seramai 86 kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, daripada jumlah itu, 51 terpilih menyertai Permata Seni Koir, manakala selebihnya menyertai Permata Seni Muzik.

Tambah beliau, Permata Seni Koir menyediakan landasan bagi menyerlahkan kanak-kanak Malaysia yang cemerlang bakatnya di dalam bidang seni suara atau vokal dan sekali gus menubuhkan sebuah kumpulan koir bertahap dunia.

''Kanak-kanak yang terpilih untuk menyertai program ini akan digilap pembelajaran muzik melalui bacaan dan kemahiran mendengar serta gaya nyanyian berharmoni.

''Sepanjang program latihan selama setahun, mereka yang terpilih akan dibimbing oleh tenaga terlatih dari dalam negara dan buat masa ini untuk Pertama Seni Koir ini dipimpin oleh Syafinaz Selamat.

''Matlamat kita ialah untuk koir Permata Seni berdiri setanding dengan kumpulan koir ternama di peringkat antarabangsa,'' ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai program Permata Seni Koir, jelas Norliza, sebagai satu program khas yang menonjolkan kecemerlangan, sudah pasti kanak-kanak yang terpilih dinilai berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan.

Ia adalah untuk memastikan koir yang bakal dibentuk merupakan satu kumpulan koir yang mantap dan berwibawa.

''Kanak-kanak yang ingin menyertai program ini mestilah berumur antara tujuh hingga 12 tahun, mempunyai bakat dan kebolehan menyanyi yang menyerlah. Keutamaan diberikan kepada mereka yang boleh membaca note muzik, mempunyai suara yang baik dengan tone yang sesuai dan mudah dibentuk serta berkeyakinan tinggi.

''Sebelum pemilihan dilakukan, kanak-kanak terbabit perlulah menjalani sesi uji bakat bagi memastikan mereka betul-betul layak serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

''Bukan itu saja, malah mereka yang terpilih perlu mengikut latihan dua kali seminggu sepanjang tahun,'' tambah Norliza.

Dalam masa yang sama, pada cuti pertengahan dan akhir tahun, kem koir akan diadakan selama seminggu.

Dalam usaha memastikan apa yang dihasratkan itu tercapai, kanak-kanak terbabit turut akan dihantar menimba pengalaman daripada tenaga pengajar di luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016