Kelate Closed..analisa tok leh ppaka Naserov

Bahang Liga Super 2011 bermula esok...mampukah The Red Warriors mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia...

namun begitu, yang paling menarik adalah adakah Juara Bertahan Kelate Closed 2010 mampu mempertahankan kejuaraannya dengan kehadiran beberapa pemain2 lain yang ambo ghaso amat kemah sekali...Jadi ambo nok buat sedikit ramalan...tahun lepah ambo buat ramalan tok keno...sebab kemunculan Syed Azizi yang pada mulanya tidak diletakkan dalam senarai favourite ambo sebab ambo tok kenal menjawab segalo teko teki yang bermain dikotok minda...

analisa ini tok leh ppaka...jange duk tike nombor ekor pulok...tapi ini mengikut pemerhatian ambo berdasarkan list yang berdaftar sehingga hari ini sahaja, mungkin ada pemain yang kuat lain belum daftar..senarai pemain berdaftar boleh dilihat DISINI.



Di atas kertas, Nik Ahmad Farouqi menjadi favourite kawe untuk johan kali ini..buke apa, sebab mengikut konsistency beliau selalu bermain di kejohanan, ambo napok beliau ada chance...lagipun ratingnya yang paling tinggi pada senarai berdaftar memberi suatu gambaran bahawa tahun ini beliau tak akan beri jalan mudah kepada Juara bertahan Syed Azizi...namun begitu kekuatan teori ttekok dinasour panjang mungkin sekali lagi menjadi penghalang kepada Nik Farouqi....walaupun Syed Azizi jarang2 bermain di kejohanan2 di malaysia, namun ambo percaya kekuatannya masih lagi tidak dapat dinafikan..berbekalkan fritz sebagai teman dan sentiasa dengan teori teori baru tentang dinasour, sudah tentu mungkin beliau akan memperkenalkan satu opening baru "dinasour gambit".

Tapi bilo duk pikir2 pulok, Nik Nazri jugok tidak boleh dipandang rendah...tidak menyertai kejohanan yang lalu kerana atas sebab2 tertentu (dengar kato tubek dating), kali ini sudah tentu persaingan menjadi hebat....berbekalkan banyok kemenangan tempatan mahupun luar kelate, Nik Nazri semestinya tIdak akan melepaskan peluang ini...



Dan dua lagi calon juara yang ambo ghaso buleh cari make adalah Cikgu Azizul dan Baharudin...Cikgu Jijo dengar kata target tahun ini adalah untuk memperbaiki rating fide dan nationalnya, jadi sudah tentu beliau sudah lama praktis untuk Kelate closed..Baharudin pulok jenis pemain hok sukar dijangka kekuatanya, kalu de dio maghi kuat, habisnyo timbuk, tapi kalu de dio malas nok main, dio main hudoh2 jah......

Cukuplah tu ambo punya favourite untuk juara..kalu pilih belako gak semua jadi juara lah...walaubagaimanapun, pemain2 kelate ni ghama jugok hok aktif main chess, tapi peluang untuk memperkembangkan bakat tu terhad di kelantan sajaha, nok pegi Kola Lumpur, Jauh nok main kejohanan2 besar, kos tinggi, pegi2 main pun silap2 johan baru rm250,350...tok berbaloi...


Pah lagu mano?? sapo demo ghaso buleh johan?? nantikan keputusan rasmi 5hb nanti bila sampai masanya....selain daripada 5 pemain di atas, sebenarnya ambo tok kenal sangat, may be adik2 pemain remaja ada yang kuat, tapi ambo tok kenal, mungkin berlaku sekali lagi upset, siapa tahu....dan jangan lupo juga ada juga pemain kelate lain yang mampu menggugat setiap kali kejohanan, bukan menggugat jadi juara, tapi menggugat kejohanan itu sendiri sehingga ado kanak2 menangis dek kuat sangat pemain itu...KUUAT BBABAK!!!!!....trio tiga pemain ini amat terserlah....Wan Mahadzir (dengar kato kalu ado tiket kapal terbang free nok kelik), Marzuki (budak menangis dua tahun lepas sebab tok seko caro permainan dio....) dan Azlin a.k.a Badbishop (acu kelih nyo timbuk budok kat atah tu)...ambo kelih doh demo ni belako2..kalu de demo2 ni bbabak, habis nyo timbuk budok2...tamboh pulok dok main kok kik kok kih.... cumo setakat ini jiko budok bowok kotok kale jah demo ni tok leh timbok....haha..jange saman ambo wei...ambo pun kkuat jugok bbabak kalu keno denge gayo, tapi lo ni slow sikit la mugo kepalo banyok duk pikir ke bendo lain.....tapi ambo dale 50% peratus lagi la sebab isnin doh kijo, kejohanan habis sabtu, ambo kalu drive selalu wat dua hari..mugo koho tuo...may be kalu tok main ambo akan gi ambik gambar jah pah bbobok sikit dale blog...



Itulah sahajo hok ambo buleh ghoyat setakat ni....walaubagaimanapun senarai ni belum finalise, ambo amat berharap kepada pemain2 lain hok ambo kenal seperti IM Mas (kalu buleh wat simul pun bagus ni sebelum tunggu meeting malam tu), Ab Haq, Bakri, Abe Li, Cikgu Anis dan lain-lain dapat turut serta kejohanan sekali setahun ini demi memartabatkan Catur di kelate..

Kepada semua pemain, selamat berjuang dengan penuh semangat kesukanan...dan jangan lupa bersama2 memajukan Persatuan Catur Negeri Kelantan kerana platform dah ada, hanya perlu participate sahajo...bilo lagi nok kelih anok2 kelate berjayo di MSSM ke, NAG ker...

SUMBER GAMBAR ADALAH GOOGLE...JADI KALU GHASO AMBO COPYRIGHT DARI DEMO ROYAT LA..KALU BEKIRO SANGAT GAK..TOK DE NOK WI KREDIT...KREDIT CARD PUN TOK HABIS BAYAR LAGI!!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016

Lamo tok berblog..mugo update ikut mood lagu ni la...