Bilo nok buleh 1st GM nih...

Hari ni rasanya bermula kejohanan catur asean remaja...link ambo rujuk disini..di blog hairulov

ambo nok bagi cadangan lah sikit, malaysia oh malaysia, silalah bawak GM atau paling2 tidak IM ke dekat kejohanan sebegini, pada masa tu mereka boleh terus perbetulkan dan pertajamkan permainan budak2 remaja kita ni...

simple theory : Lihat kejayaan Dato' Lee Chong Wei...setiap kali beliau bermain, pakar atau grandmaster dia 'Dato' Misbun Sidek' akan sentiasa berada bersamanya sehingga sekarang dia sudah bergelar No.1 dunia.

itu tak masuk jurulatih-jurulatih bolasepak dsb.

kalaulah GM Ziaur Rahman di bawa sekali untuk monitor perkembangan dan minda pemain2 remaja kita, sudah tentu ada perkembangan positif atas nasihat seorang GM ketika mereka perlukan semangat dan sokongan.

Maaflah, saya tidak berkata pengikut kontigen tidak bagus, tetapi jika di tambah seorang GM, atau mengalah memberi laluan untuk GM sebagai pengiring, sudah tentulah ada perkembangan positif. Kalau nak maju, kita kena berubah. Dulu2, masuk pertandingan luar negara, balik, penat, sambung kerja sekolah, habis setakat tu..mereka hanya bermain sendiri dan kalaupun ada jurulatih, saya percaya tak akan sama dengan jurulatih GM ada bersama (ini hasil pemerhatian dan kajian).

Wallahulam....ini hanya luahan di hati saya, tidak berniat mahu menyinggung mana2 pihak.

Comments

Popular posts from this blog

Round 1 @ Asian Amateur

SET KAYU GOLF UNTUK DIJUAL

Majlis Makan Malam PCNK 2016